Wednesday, March 25, 2009

Kerana kamu lelaki... - 4

“I think you are too emotional doc”. Dr. Harlina tersenyum sinis sambil membetulkan kaca matanya. Baginya tindakan Dr. Hasif kali ini agak keterlaluan.

“No, I am not. Apa yang I buat sekarang ni adalah yang terbaik for my patient”. She needs an attention". Dr. Hasif tahu, pastinya Harlina sukar untuk menerima cadangannya kali . Tapi ianya sangat penting untuk Harlina faham tentang niatnya itu.

“Well doc, I think she got more than enough, and one more thing, kenapa mesti dia dirawat di rumah you? Apa masalahnya dengan hospital kita nie”?

“Sebab ini Hospital Sakit Jiwa. Tapi Maya tak mengalami masalah jiwa, she just depresses. Kalau dia terus berada dalam persekitaran macam ni, keadaan dia akan bertambah teruk. Cuba you bayangkan, dah dua bulan I merawat dia, tapi tak sampai suku pun dari kisah hidup dia yang I dapat tahu. I yakin Har, Maya need a new environment.”

“So, what do you intend to do now? Bawa dia balik kerumah, and beri dia kasih sayang secukupnya dengan harapan dia akan ceritakan semua kisah hidup dia. This is really unacceptable doc. This is totally nonsense”. Dr. Harlina benar-benar tak menduga yang Hasif boleh bertindak senekad ini.


More

Sumber : kapasitor.net

No comments:

Post a Comment