Sunday, November 10, 2019

Make over ruang make up.



New look!

Minimalist katanya. Make over sikit-sikit. Sekian lama baru dapat ilham. Haha.

Yang penting with minimum budget. Mana yang boleh DIY kita DIY jek. Yang boleh recycle kita recyle je guna. Jimat kos. 

💸 Para SSF RM 39.90 x 2
💸 Cermin SSF RM 29.90

Kerusi Ikea guna yang sedia ada.
Kotak zig zag, diy tampal wallpaper Kaison.
Kotak purple kotak hadiah besday hari tu.
Bulu putih tu dari Ikea dah lama beli tak guna-guna.
Bunga orkid guna yang sedia ada.
Kerusi pink tempat letak brooch guna sedia ada.

Proses declutter paling mencabar. Maklumlah, berpuluh tahun punya barang. Memang kena pejam mata je.

Say thank you to barang-barang yang nak di let go sebab pernah berbakti. Moga jumpa tuan yang lebih memerlukan. 
Kena pastikan sentiasa kemas dan bersih untuk menjemput rezeki datang. 
Ok, next area!

p/s: gambar inspirasi tu dari pakcik google.

#makeoverbyzarich
#susunatur

Tempat berkarya.

Inspirasi.
Gambar ehsan pakcik google.

Ada banyak ruang lagi yang nak make over tapi kekangan masa dan budget. Slow and steady gitu.. haha.





with luv,

Sunday, December 23, 2018

Laman Bonda


Kelihatan Beatrice tidak berapa sihat sepertimana aku yang demam hari ni. Tapi gigihkan juga diri masuk laman bonda. 

Yang peliknya, bila masuk laman bonda, hilang rasa sakit. Hari ni hanya menyiram dan menyembur racun dan booster untuk anak duri. Semalam dah baja so hari ni tak perlu membaja lagi. 

Anak duri dah menunjukkan pertumbuhan. Kebanyakan pokok dah mula bercambah daun baru. Alhamdulillah. Risau juga kalau mati. Tapi Roxbhurgii Plena kelihatan lambat progressnya. Tak pe, asalkan masih hidup, akan ku nanti dengan sabar. 

Barisan anak duri selepas 5 hari hard pruning. Harap2 minggu depan akan mula mengeluarkan daun baru.

Sementara menanti anak duri berbunga,  layanlah Rose Jepun atau lebih dikenali sebagai RJ. 
RJ sangat mudah membiak. Mudah dijaga dan mudah berbunga. Asalnya hanya satu pasu kecil sahaja tapi sekarang dah ada 9 pasu panjang. Inipun sebahagiannya dah selamat aku berikan pada office mate. 

Kebanyakan pasu masih togel sebab aku baru je cantas. RJ ni kena rajin cantas baru rajin berbunga. Jangan bimbang nak cantas sebab lagi kita cantas, lagi dia akan membiak dan berbunga cantik. 

RJ ni tak ingat ID. Tanam dari benih. Punyalah lama nak tunggu pokok matang. Asalnya saja nak cuba tanam dari benih, sekali punyalah lama nak tunggu,  cukuplah..  Lepas ni tanam terus dari batang. 

Oh ye, untuk yang tidak tahu,  RJ ni ada 2 cara untuk menanamnya. Samada semai melalui biji benihnya yang sangat halus atau tanam dari keratan batangnya. Cara kedua ini lebih mudah dan lebih cepat membesar dan berbunga. 

RJ putih. Sekali tengok macam carnations. Cantik sangat. Asalnya,  aku dapat keratan RJ dari officemate. Bunga jenis bercampur-campur. Memang cantiklah bila dia kembang sebab ada variasi warna dan jenis. 

Tapi yang ni,  aku asingkan ikut jenis dan warna. Saja nak biakkan ikut warna. So bolehlah manipulasikan warnanya nanti. 

Pokok stevia. Baru je masuk Laman Bonda. Beli pokok di nursery RM 15 kirim dengan PS. Semenjak rajin bercucuk tanam ni,  belum lagi aku ke nursery cari pokok. Semua pokok yang ada aku kirim dengan PS je. Haha. Takut rambang mata weh. 

Pokok pudina. Aku tanam dari keratan batangnya. Beli di Giant sepeket RM 1.70.  Aku cuba-cuba cucuk keratan batang yang nampak matang dan masih segar ke pasu. Awalnya dia layu. Seriously memanglah sedih sebab tidak menjadi kan..  Tapi aku keep on siram setiap hari dengan harapan dia mahu hidup. 

Cara ni aku tengok dari YouTube. Alhamdulillah selepas seminggu ada batang yang mula berdaun walaupun daun asalnya mula mengering dan gugur. Seminggu selepas itu baru nampak segar sedikit dan banyak daun baru yang mula tumbuh. 

Pudina ni agak sukar sebenarnya. Tak boleh air berlebihan. Tak boleh cahaya berlebihan. Lama juga untuk aku serasi dan belajar kerenahnya. Start beli baja ezgrow sebab nak bagi daunnya besar. Alhamdulillah ada peningkatan. 

Akhirnya aku pindahkan ke pasu hidroponik sebab nak control airnya. Maklumlah, airnya tak boleh kurang. Dah masuk hidroponik nampak progressnya semakin baik. Daun mula melebar dan lebat. So now,  dah boleh minum teh Pudina dari pokok sendiri. ❤️

Salad ni kali kedua aku tanam. Tapi kali ni projek dengan anak-anak buah, Maira dan Arif. Saja nak ajar diorang cara bercucuk tanam. Nampak diorang pun Excited nak siram pokok hari-hari. 

Label siap-siap nama masing2 supaya tidak bergaduh. Baru berusia 2 minggu. Salad ini ambil masa sebulan dua untuk membesar. 

RJ jenis bunga selapis. RJ jenis ni sangat mudah berbunga. Sesiapa yang baru nak berjinak-jinak bercucuk tanam bolehlah mula dengan RJ jenis ini. 
RJ ni senang sangat jaga. Yang penting kena ada cahaya matahari. Kalau tak ada cahaya matahari, jangan gatal nak tanam RJ. Bole demotivated tau. Hehe. 

Bayam Brazil. Ambik keratan dari officemate. Katanya boleh cucuk terus ke tanah. Tapi 3 hari pertama aku cucuk ke tanah dia layu terkulai. Sedih gila. Hari keempat nampak perubahan. Daunnya mula tegak berdiri. Mungkin dia ambil masa untuk sesuaikan diri kat rumah aku kot. Haha. Harap2 bole biakkan lagi. 

Terung panjang. Semai dari benih. Ada dua pokok yang menjadi. Masih dalam fasa permulaan. Baru sahaja berpindah dari tapak semaian ke pasu. Harap2 membesar dengan jaya. 

Terung panjang ni cepat bercambah dari biji benih tapi tumbesarannya agak perlahan. Setelah berminggu masih cenonet je. Haha. 

Kailan. Semaian kali kedua. Nak masak kailan ikan masin. Sedapnya. Terliur pulak.hehe.

Betik pemberian dari officemate. Beralih ke pasu. Baru nampak progressnya. Tengah memikir nak tanam di mana. Betik sejenis pokok yang berakar tunjang. Dah tanam,  memang confirm tak boleh pindahkan. 

Bendi. Semai dari benih. Dari 5 biji benih hanya dua yang menjadi. Daunnya lebih kurang sama dengan timun jepun tapi berbulu sedikit. 

Timun jepun. Cepat bercambah dan cepat membesar. Dari 6 biji benih,  5 yang menjadi. Alhamdulillah. Mudah dikendalikan. So now tunggu dia besar sikit sebelum alih ke pasu yang lebih besar. Moga ada rezeki. 

Inilah sebahagian yang ada di laman bonda. Banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat snap gambar. Ada pokok lemon, limau kasturi, limau purut, terung pipit, cili api kampung, serai dan daun kunyit. 

Aku plan nak adakan taman herba di laman bonda. Harap-harap jadi kenyataanlah hendaknya. 



with luv,

Monday, December 17, 2018

Bila anak duri tidak sihat.


Hari ni awak hadiahkan mummy kuntuman bungan yang mekar. Kembang kuncup mummy tengok awak inilah.

Melihat kuntuman bunga ros yang mekar,  seolah-olah ada aura positif yang meresap masuk ke sanubari. Rasa tenang dan happy je tengok bunga-bunga ni. So now, baru aku faham perasaan mak-mak kita yang rajin menjaga pokok bunga. Adakah faktor usia yang menyebabkan hobi ini muncul. Haha. Mungkin juga.

Hello cik Beatrice. 

Lavender crystal. Nampak macam pinkish pula pagi ni. 

Lavendar crystal masih berbunga lagi. 

Hi Jeanne Moreau. 

Royal Jubilee juga menunjukkan kecantikannya. 

Awak kenapa? Malam ni balik kerja perasan semakin banyak pulak daun-daun yang seolah terkena penyakit. Aduhai awak sakit ke? 

Roxbhurgii Plena kelihatan batangnya melepuh dan daun mula mengering. 

Susah hati mummy weh tengok awak macam sakit. Sebenarnya masa sampai memang perasan ada a few daun yang macam dah rosak tapi hari ni semakin banyak pulak yang rosak. Macam ada spot hitam. 

Apalagi, tanyalah pakcik gugel tanda-tanda penyakit bunga ros ni. Betullah anak duri mummy terkena jangkitan black spot di daun dan kanker di bahagian batangnya. 

Menurut pembacaan aku,  black spot kena buang daun-daun yang affected kemudian sembur racun serangga. Rawatan untuk kanker pulak tiada cara lain melainkan aku perlu cantas batang yang yerkena penyakit. Aduhai, sedih pulak nak cantas. 

Setelah puas di belek-belek,  jalan yang terbaik ialah mencantas batang dan lakukan hard pruning dengan cara buang terus semua daun-daunnya. Waaa sedih tau...  

Malam ini jugak aku kerjakan pokok ros aku ni. Enam daripadanya yang terkena jangkitan so aku buat hard pruning. Yang lagi dua nampak masih sihat. So kita buang daun-daun yang rosak sahaja. 

Tips Hard Pruning.
Gunakan gunting yang tajam dan bersih. Aku celup gunting dengan Clorox untuk membersihkannya. 
Potong secara menyerong lebih kurang kedudukan gunting 30°. Ini untuk mengelakkan dari air bertakung di bahagian yang telah dipotong. Kalau air bertakung akan mengundang penyakit. 
Setelah cantas batang,  sapukan listerine untuk mengelakkan bahagian dipotong  terkena jangkitan kuman. 
Setelah siap hard pruning, semburkan racun serangga untuk mengelakkan makhluk perosak dan ros booster untuk mempercepatkan proses percambahan anak daun yang baru. 

Inilah sebahagian daripada tips melalui pembacaan aku. Harap-harap menjadilah hendaknya dan sihat kembali anak-anak duri mummy ni. 




with luv,