Monday, July 4, 2016

Mood Raya


Salam 29 Ramadhan.

Mesti korang dah tak sabar nak beraya kan? Hehehe. Bagi yang masih belum pulang ke kampung, sure hanya jasad je di sini. Hati korang mesti dah sampai kampung. Aku raya Kali ini masih di KL. Sejak umur dah semakin meningkat, family dah semakin berkembang, family aku decide untuk raya di KL dahulu. Seingat aku dah nak masuk 3 Kali beraya di KL ni.

Best ke? Jangan tanya ok. Of course la mood beraya di kampung tu lagi meriah tapi jika beraya di KL ni lebih membahagiakan, why not. Ahak. This year, mood beraya aku memang kelaut. Dari start Ramadhan lagi mood beraya tu tak datang-datang. Persiapan raya? Hanya untuk Boy dan parent aku je. Itupun secara bersederhana.Actually, awal Ramadhan lagi aku dah  belikan baju melayu Boy. Baju Mak minggu ke dua Ramadhan dah settle. Baju aku? Tak de beli yang baru pon. Pakai je baju-baju yang belum di pakai. Hehe. Cadang nak berganti kasut pon tak beli lagi. Sembang-sembang dengan my colleague, kata nak beli kasut baru la sebab tak beli Baju kan... sekali my colleague balas, "perlu ke raya beli kasut baru?" Hahhaa... ok, fine tak payah beli kasut. Pakai jer la apa yang ada. Nampak tak betapa mood beraya tu nan ado.....

Tapi...

Bila dah start kacau dodol dan menganyam ketupat, barulah rasa mood nak beraya tu. Asalnya, Mak kata tak payah buat ketupatlah. Masak je ketupat segera. Aku like... Ok... tapi at last aku cakap Kat Mak, ala Mak beli la daun ketupat. Walaupun aku tak reti nak menganyam tapi adik aku pandai. So bolehlah mengerah dia untuk anyamkan. Memandangkan this year, semua adik-beradik aku beraya sekali.... so, kenalah naikkan mood beraya tu kan walaupun di KL. Hehe.

Nah, malam tadi kitorang mengacau dodol menggunakan Cara moden ala-ala kl. Guna jer noxxa. 😃😃

Dah siap dah dodol. 
Kalau ikut resepi noxxa, 20 minutes siap mengacau tapi kitorang mengacau lebih dari sejam. Nak pastikan betul-betul terbit minyak dan tak melekat. Lagi pun, aku penah try sebelum ni kacau lebih kurang setengah jam. Memang dodol dah tak melekat tapi jangka hayatnya tak panjang. Lebih kurang seminggu dah start  berkulat. Sepatutnya dodol boleh tahan berbulan-bulan kalau kena dengan Cara masak nya. 

So sesiapa yang nak mengacau dodol menggunakan noxxa, make sure kacau lama skit walaupun dah tak melekat untuk memastikan jangka hayatnya lebih panjang.

Siap-siap masuk bekas. Satu adunan dapat lah dalam 9 bekas taufufa. So lepas ni bolehlah di bahagi-bahagikan. 

Menganyam ketupat.

Sementara Abah mengacau dodol, mak cuba-cuba Adah skill menganyam ketupat. Jadikla ketupat sate. Now tengah berusaha nak buat ketupat bawang sebab ketupat bawang ni besar skit. So boleh isi beras banyak skit. Ketupat sate agak leper. So isinya lebih slim dari ketupat bawang.

Oklah, nanti sambung lagi. Nak HP(high pressure ) perut, daging rusa, ekor lembu dan segala tok nenek haiwan untuk di masak malam raya. HP siap2 senang. Lagi senang HP dengan noxxa. Memang Terasa kemudahannya. Tak sia-ssia-sia melabur utk Noxxa ni. Time nak raya ni lah memang rasa sangat-sangat sangat membantu. Korang tak de noxxa? Dah, pegi beli noxxa dorang sebijik... ekekkeke.

So aku dah boleh rayalah kan?😉😉




Note: Typo adalah disebabkan aku update guna note. Dah lah autocorrect. Stress pulak aku. Huhuhu

with luv,

No comments:

Post a Comment