Tuesday, March 22, 2016

Back to school...


Ahad lepas sempat menghantar Boy pulang ke Kolej. Berakhirlah Sudah cuti sekolah. Maknanya, rutin persekolahan kembali kepada biasa. 

Kali ni pulang lebih awal. Pukul 10 pagi dah bertolak dari rumah sebab 11.30 pagi ada Mesyuarat PIBG. Mengikuti perkembangan Boy di sekolah kadangkala merisaukan. Bukan apa, memikirkan hasrat Kolej PERMATA Insan (KPI) yang ingin melahirkan cendekiawan Islam dan pemegang PHD pada usia 22 tahun agak merisaukan aku. Bimbang Boy tak dapat nak catch up. Bila lintasan sebegini hadir, cepat-cepat istighfar. Allah mengikut sangkaan hambaNya. Inshaallah. Boy pasti boleh merealisasikannya. Amin.

Aku tak banyak cerita berkenaan Boy Dan KPI  di blog ini sebab bimbang akan di salah ertikan oleh orang. Maklumlah, program baru. Dan Boy adalah batch pertama. Maksudnya, Boy penanda Aras kepada kejayaan KPI.

Masa aku melaksanakan umrah tempoh hari juga aku di hubungi oleh parent yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai halatuju program PERMATA ini. Apa yang boleh aku katakan, KPI adalah sekolah berstatus SBP yang diiktiraf oleh Kementerian. Tetapi silibus pembelajaran mereka tidak ikut silibus kementerian kerana KPI berkonsepkan Advance Learning.

Buku rujukan Boy ketika mendaftar di KPI masa form 1 adalah buku rujukan SPM. Ada parent Tanya aku, tak takut ke kalau kanak-kanak ini tidak mampu? Jujurnya aku juga bimbang. Tetap melihat kepada perkembangan mereka dari usia 8 tahun lagi, aku percaya mereka mampu lakukannya. 

Majlis Mesyuarat PIBG dimulakan dengan bacaan doa oleh anak PERMATA sendiri. Mereka semua telah biasa mengendalikan majlis dari usia 8 tahun lagi. Daripada bacaan doa, pengerusi majlis, penyambut tetamu... Mereka mampu lakukannya. Seriously aku memang impress dengan mereka. Kadangkala kita yang dewasa pon belum tentu mampu me lakukannya tetapi merek boleh lakukannya dengan baik. 

Selesai meeting, kaum bapa bersantai-santai dengan juadah yang di bawa. Di sini apa yang aku lihat, ukhwahnya sangat rapat. Dulu masa Kat sekolah, aku tak rasa parent aku kenal dengan parent kawan-kawan aku kecuali kawan-kawan rapat aku. Tapi di sini, most of the parent saling mengenali. Dan ukhwah dengan pensyarah juga sangat baik. Pensyarah sabar melayan kerenah parent Dan juga murid. Huhu. Even dengan Pengetua KPI, Dr. Nik Salida juga baik. Kadang-kadang aku tanya direct dengan Dr. Nik perkembangan Boy. Alhamdulillah. Secara tak langsung, dengan hubungan yang baik ini dapat memudahkan banyak urusan.


Program KPI adalah program baru untuk kanak-kanak yang terpilih. Matlamatnya untuk menyeimbangkan antara keperluan aqli dan naqli. Melahirkan cendekiawan Islam. Pembelajaran nya berkonsepkan Alquran. Jadi, tidak adil untuk menyamakan KPI dengan sekolah kementerian yang lain walau status SBP nya sama. KPI banyak mendedahkan pelajarnya dengan dunia luar. Di sebabkan konsepnya yang unik, KPI menjadi benchmark negara-negara lain dalam mewujudkan pembelajaran yang menyeimbangkan aqli dan naqli. Sering juga menerima kunjugan pembesar dan pelajar-pelajar dari negara luar negara.

Ada masa nanti aku cerita tentang corak pembelajaran di KPI pula ye.


with luv,

No comments:

Post a Comment