Tuesday, November 18, 2014

OIC World Biz Exhibition


Last week aku pegi exhibition ni kat PWTC. Tiga hari berturut-turut pergi PWTC ni. Maklumlah opis aku pon bukak booth kat sini. So, adalah peluang nak pergi sini kan. Aku suka pergi exhibition ni sebab ada banyak industri IKS. Terutamanya rempah ratus dan makanan. Tapi tahun ni tak ada pulak rempah-rempah ni.

Selain daripada makanan, ada juga property, business trader dan lain-lain. Memang syok lah. Yang lebih syok, kebanyakan barang di jual rendah dari harga market. Yang ni aku paling suka. Memang kerjanya memborong je la. hahahha.. 

Beg sekolah RM 26. Memang murah sangatlah. Tapi aku tak beli yang ini.

Yang ni aku beli untuk Boy, RM 19 je. Kualiti memang mantap. Normally aku tengok kat luar harganya range RM 35 -50. Banyakkan bezanya. Ramai jugak officemate yang beli siap-siap beg sekolah anak-anak untuk tahun depan.

Spritzer set RM 6 satu beg.
Nampak tak berbaloinya pergi exhibition ni. Aku beli 2 beg. Hahahah. Tamak haloba.

Foldable bag. Beg ni size memang besar. RM 10 je. 
Aku beli 2 jugak. senang nak letak dalam hand bag. Sekarang kan kempen tanpa plastic bag. Beg ni memang boleh sumbat banyaklah.

Yang ni beg baju. Nampak smart kan. First time aku tengok memang dah suka. Walaupun beg baju kat rumah dah ada, aku beli jugak 2. Memula beli satu je, bila bawa balik rumah, Mak suruh beli lagi satu. Rm 16 sahaja. Harga kilang pun dalam RM 35 tau beg ni. 

Dari sisi. Besar ni. Kalau akulah, beg ni muat untuk percutian 3 hari 2 malam. 

Beg sekolah Boy untuk next year.

Yang ni pon best. Olive Oil based from Al Junied.
Satu set RM 20.
Ada 2 botol shower gel, 2 bar sabun mandi, losyen size besar 1, losyen size mini 1.
Shower gel ni sahaja harganya RM 15 sebotol. Beli set lagi banyak penjimatan. Aku beli 1 set sebab baunya yang wangi dan fresh. AKu suka. 


Produk Tanamera.
Kali ni aku beli body soap dengan essential oil je sebab yang lain masih ada kat rumah lagi. Semua produk Tanamera less 20%.


Yang ni set aku beli + free gift. 
Dahlah harganya murah, dapat pulak free gift perfume dan body & hand cream .

Last but not least, olive oil untuk my Mom.
Harga sebotol RM 25, 3 botol RM 50.
Haruslah aku beli 3 botol kan. Jimat banyak tu. Share dengan officemate. So sebotol harganya just RM 17.

Bukan ni je, aku beli jugak Saudi Gold frozen food. Frankfurter sangat murah. Memang aku pulunlah jugak membelinya. Nugget, daging burger, roti canai, roti pita. RM 60 dapat macam-macam ok. Dah tu, siap ada lucky draw lagi dengan setiap pembelian RM 20. Memang penuh fridge kat umah dengan Saudi Gold ni. Aku estimate boleh tahan sebulan. hehehe.

Kira-kira jumlah ketirisan dalam Rm 200 untuk semua barang-barang ni. 1 bag sekolah, 2 beg balik kampung, 2 foldable bag, 1 set Aljunied toiletries, 2 botol Olive oil, 2 set spritzer, Tanamera produk, 3 box cheese cake, dan Saudi Gold. 

Sekarang semua kena jimat. Kena bijak berbelanja sekarang ni. Lelagi nak start GST dah kan. 





with luv,

No comments:

Post a Comment