Monday, September 15, 2014

Dinner ikan patin



Resepi malam ni. Untuk dinner sebenarnya tapi tak boleh tahan. Tak sempat tunggu dinner dah ngap sepotong ikan patin ni. Yummy... Percubaan pertama masak ikan patin. Yeay! Boleh masak lagi pas ni.

Nak cuba resepi paes tempoyak ikan patin yang sangat mudah an lazat ni?. Jom tengok resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan
4 potong ikan patin sederhana besar
3 biji bawang besar
1 inch kunyit hidup
(Saya pakai kunyit serbuk 2 sudu kecik)
10 biji cili padi
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit di hiris
3 sudu besar tempoyak
1 biji limau nipis/kasturi
Aluminium foil

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, kunyit & cili padi
2. Dalam mangkuk lain perahkan limau dan gaulkan bersama tempoyak. 
3. Campurkan semua bahan kisar, tempoyak, hirisan Daun kunyit dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga rata.
4. Bentangkan aluminium foil. Letakkan bahan kisar yang telah di gaul di atas aluminium foil. Lapiskan dengan sepotong ikan. Tutupkan bahagian atas ikan dengan bahan kisar tadi. Bungkus ikan dengan aluminium foil tadi.
5. Kukus lebih kurang 30 min dengan api kecil. Nak lagi sedap, perap dahulu ikan dalam peti ais lebih kurang 1-2 jam baru kukus.

Ok siap! Sedap dan menyelerakan. 


with luv,

No comments:

Post a Comment