Friday, July 11, 2014

Nota buat kamu......



Kepada kamu,

Entah kenapa hati ini ingin mencoret di sini. Menjelaskan apa yang kurang jelas kepada kamu. Moga kamu tidak akan terus keliru. Pertama, mengenai hubungan itu. Benar dan tepat sekali, hubungan itu telah sekian lama berlalu. Kalau tak silap perkiraanku, hubungan itu telah pon berakhir sembilan tahun yang lalu. Lama kan? Sangat lama. Dek kerana jangka masa yang lama itu buat kamu keliru? Hanya satu soalan ku, apakah sejarah akan terpadam dalam jangka masa tertentu? Bolehkah kita memadam sejarah lalu? Sejarah yang telah terpahat dalam satu perjalanan kehidupan tidak mungkin akan terpadam. TIDAK MUNGKIN.

Adakah kerana tidak terpadamnya sejarah lalu maka kehidupan tidak dapat di teruskan? Sejujurnya, yang berlalu telahpun berlalu. Tepat sekali. Namun ia tetap sejarah yang pernah berlaku satu ketika dahulu. Tegarkah aku untuk membuat tidak tahu? Jawapannya TIDAK! Benar, kehidupan telah di teruskan, sebagai menyahut seruan alam. Move on.

Tetapi tidak bererti segalanya akan menjadi sediakala. Sekali terluka, tidak mungkin akan hilang kesan parutnya. Mudahkan? Aku cuba untuk menyampaikan dalam bahasa yang sangat mudah! Untuk kamu fahami. Atau adakah bait-bait ayat ini masih sukar membuatkan kamu faham?

Kepada kamu,

Mungkin silapku mendefinasikan sebuah hubungan. Aku fikir kamu berada di dalam kelompok insan-insan yang rapat denganku begitulah juga yang aku harapkan daripada kamu. Namun aku rasa aku tersilap perhitungan di sini. Mungkin di hatiku, kamu adalah teman rapatku tapi di hati kamu, aku bukan siapa². Atau mungkin aku sekadar teman biasa yang tidak punya makna. Jika benar telahanku, maafkan aku. Maafkan aku kerana tersilap meletakkan kamu di dalam kelompok teman-temanku. Akan aku keluarkan kamu dari senarai itu untuk menguraikan belenggu yang tercipta.

Kepada kamu,

Tidak pernah aku menghalang kamu untuk berhubungan dengan sesiapa pun yang kamu suka. Kamu berhak untuk semua itu, kenapa perlu untuk aku menghalangnya? Asal tidak mencuit hatiku. Itu adalah hak kamu. Aku hormatinya. Bolehkah kamu juga menghormati pendirian ku seperti mana aku menghormati pendirian kamu? Boleh kan? Sebagai manusia, aku tidak sempurna. Aku akuinya. Masih ada sisi-sisi rapuh di hatiku. Masih. Adakalanya aku terluka dengan bait-bait katamu. Namun aku cuba untuk menerimanya dengan hati terbuka. Aku cuba untuk tidak terlalu sensitif. Walau jauh di sudut hati, aku kecewa. Sangat kecewa. Benarlah pepatah pujangga yang mengatakan kata-kata itu adalah lebih tajam dari pedang.

Kepada kamu,

Aku mohon ampun dan maaf. Sungguh aku bukan teman baikmu. Aku bukan sahabat yang rapat denganmu. Aku hanya sahabat yang hadirnya tidak membawa makna, perginya tidak meninggalkan rasa. Maafkan aku kerana belum cukup sempurna untuk menjadi 'sahabat rapat' mu.


Salam ingatan tulus ikhlas buat kamu.




with luv,

No comments:

Post a Comment