Sunday, June 29, 2014

Dengki?




Dengki?
Sungguh berat tuduhan itu! Tak pernah terniat pun untuk berdengki apatah lagi melintas di sanubari. Kalau itu definasi dengki, maka maafkanlah diri ini. Tidak ada sekelumit pun atau sebesar kuman pun untuk berdengki. Jika itu bahagian kamu, aku gembira. Sungguh-sungguh gembira.

Memang benar kata-kata lebih tajam dari pedang. Adakalanya kesannya lebih bisa dari hirisan pedang pun. Dan kerana itulah kita seringkali terlupa untuk menjaga bicara. Tanpa kita sedari adakalanya bicara itu sungguh menghiris sanubari. Lantas kita katakan dia yang terlalu mudah berkecil hati.

Dengki?
Tidak sekali-kali wujud rasa ini. Cuma adakalanya terasa hati. Yer, sekadar berasa hati dengan kata-kata yang mengusik jiwa.  Tapi hati masih mampu untuk berdusta. Masih mampu untuk menelan bicara yang melukakan jiwa.

Oh hati, damailah. Biarlah apa pun alasannya. Hatta sekadar dipergunakan, ikhlaskanlah segalanya. Berbaik sangkalah sesama manusia. Mungkin kamu memang di takdirkan untuk membantu. Bersyukurlah, kerana kamu masih di perlukan untuk memudahkan urusan mereka. Kerana kamu masih di berikan ruang dan peluang untuk menjana pahala. Biarlah walau kamu hanya di perlukan tatkala pertolongan di pinta.  Bersyukurlah... Kamu masih di minda mereka saat mereka perlukan pertolongan.

Buanglah rasa kecewa itu. Maafkanlah mereka! Kerana kamu berhak untuk bahagia.....

Ya Allah,
Jauhkanlah rasa yang mula bersarang di jiwa...
Rasa yang mengundang duka nestapa...
Kerana dia, hanya berbicara..
Tanpa sedar mengundang luka....

Ya Allah,
Jauhkanlah rasa kecewa yang ada
Bimbang nanti mengundang dosa.
Lapangkahlah dada menerima seadanya...
Sungguh apa yang berlaku ada hikmahnya.
Paling kurang, untuk mendidik jiwa......



with luv,

No comments:

Post a Comment