Thursday, May 29, 2014

Syok sendiri....



 Aku ni memang jenis syok sendiri bila taip blog ni. Dari dulu sampailah skang ni. Dari sekolah lagi aku memang suka tulis dairi. Dulu-dulu dairi simpan bawah tilam opss... terbocor rahsia pulak. Tapi aku tak suka menulis... haaaa camne tuh....

Bila habis sekolah dah pandai guna komputer mulalah taip dairi dalam microsoft word. Sampailah bila blog di perkenalkan. Kawan aku yang suggest tulis blog. Senang, boleh access di mana-mana. Bukan untuk orang lain access tapi untuk aku access. Satu lagi minat kesukaan aku bila ada masa ialah baca blog aku sendiri. Tu sebab syok sendiri. hahhaha... Ada aku kesah.. ;-)

Kadang-kadang ada entry yang di taip dengan penuh emosi. Hanya aku yang tahu. Orang lain mungkin tak faham. Tak pe. Memang tak ada kaitan dengan orang lain pun. Hanya aku yang gonjeng ni menaip sesedap rasa.... heehehehe...

Tapikan..... tapi kan... bila ada jugak yang nak masuk blog aku baca, terharu pulak jadinya. Terima kasihlah kepada pengunjung-pengunjung yang tersasar ke sini ye. Tapi macam aku cakaplah, blog ni ialah personal blog jadik cerita-ceritanya mestilah yang dekat dengan pemiliknya kan. ;-)

Tetiba rasa nak buat giveaway.... agak-agak ada ker yang nak join? hehehe.. ;-)









with luv,

No comments:

Post a Comment