Sunday, March 23, 2014

Siapa alihkan keju saya?



Who moved my cheese?
Buku yang mengisi hujung mingguku. Sebuah buku motivasi yang di olah secara santai tetapi besar impaknya. Buku ini menceritakan tentang 2 ekor tikus dan 2 orang kerdil. Watak-watak di dalam buku ini melambangkan atau mewakili setiap kita. Siapakah kita? Yang mana satukah sikap yang mewakili kita? Bakal terjawab di dalam buku ini. Kisahnya mudah di fahami tetapi memberikan kesan yang mendalam andai dipraktik sehari-hari.

Harganya RM 29.90 berkulit tebal. Boleh di habiskan dalam masa sejam mengikut penulis tapi aku ambil masa berjam-jam. Campur tidur dan makan. Sambung tengok running man memanglah memakan masa berjam-jam untuk habiskan sebuah buku. 

Personally, aku suka buku ni. Buku ni membawa aku untuk mengenalu watak manakah yang mendominasi aku selama ini. Luckily, sejak aku berada di departme baru, seterusnya menceburkan diri dalam dunia perniagaan Shaklee menjadikan aku watak Haw. Mungkin agak lambat ingin menerima perubahan tetapi akhirnya menerima perubahan yang berlaku dan keluar dari 'comfort zone' untuk terus maju di dalam kehidupan harian. Better late than never. Tepat sekali.

Bila kita menerima perubahan dan cuba menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku, hidup lebih tenang dan gembira. Keluar dari ketakutan yang kita sendiri wujudkan di dalam diri untuk mengecapi bahagia yang menanti. Benar, apabila berada di dalam zon selesa kita jadi leka. Leka dengan keselesaan tersebut sehingga terlupa nak mempersiapkan diri dengan perubahan yang bakal berlaku. 

Apa pun, buku ini sangat sesuai untuk semua golongan. Bahasa yang mudah. Kisah yang ringkas untuk di teladani dan hasil yang besar jika di amalkan. 




with luv,

No comments:

Post a Comment