Saturday, February 1, 2014

Redha



Allah know the best. What should... and what shouldn't.... 
Kadang-kadang kita rasa sedih, down, give up dan segala bentuk perasaan yang negatif tatkala sesuatu yang kita harap-harapkan tidak menjadi seperti apa yang kita rancangkan. Tarik nafas and lepaskan dengan perlahan-lahan. Mungkin ini tindakan yang terbaik untuk mengawal segala kesedihan yang bersarang tatkala redha yang di cari. Tarik nafas dan lepaskan lagi dan lagi..... hmmmm... feelling better... Alhamdulillah.

Lupakan kata-kata orang di sekeliling yang hanya bijak berbicara. Abaikan. Setiap kejatuhan sebenarnya tidaklah sesakit mana. Yang lebih menyakitkan ialah kata-kata yang lebih tajam dari hirisan pedang dari seorang manusia. Terluka? Pasti. Tetapi setiap luka ada ubatnya. Paling tidak, masa yang bakal merawatnya. 

Ok, next step... let's move from the negative atmosphere to positive atmosphere. Keluar dari cas-cas negatif dan bergerak ke cas-cas positif untuk mendapatkan aura yang positif. Yang telah berlalu, biarkan ianya berlalu. Setiap yang berlaku ada sebab dan musababnya. Belajar daripada pengalaman untuk terus mendaki tangga-tangga kejayaan.

Rangka strategi dan teruskan langkah. Jika perlu berlari, maka berlarilah. Jika perlu berjalan maka berjalanlah hatta jika perlu merangkak sekalipun, teruslah merangkak. Lebih banyak jalan berliku yang bakal di lalui kelak. Inilah ilmu kehidupan.



with luv,

No comments:

Post a Comment