Thursday, October 10, 2013

Training & Ujian


Assalammualaikum w.b.t,

Lagi hari-hari yang bz. This week my opis organize training untuk semua webmaster di organisasi ku. Keseluruhan webmaster ada 62 orang. Maka training di bahagi kepada 2 kumpulan. Supaya mudah nak mengendalikannya. 

Jujurnya aku memang tak suka buat kerja-kerja administration. Leceh dan renyah. Walaupun kerjanya agak mudah tapi agak renyah. Every single thing nak kene sediakan. Tambahan pulak aku orang teknikal. Tapi fitrah alam beginilah. Berubah mengikut arus yang telah di tetapkan. 

Daripada material course, course outline sehinggalah ke booking venue, booking catering semua nak kene prepare. Surat invitation, pon nak kena keluarkan. Jadi pulak salah seorang trainer. Nampak mudah dan senang tapi ...... 

Apapun, alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar. Webmaster pon memberikan feedback yang agak baik.  Next time boleh buat training lagi. Untuk organisasi tercinta!

khusyuk dan tekun


Di sebalik kelangsungan training hari ini, ada ujian yang menimpa. Salah satu office di organisasiku mengalami kebakaran. So office aku juga terlibat secara tidak langsung. Habis bilik-bilik officer banjir. Power shut down. So bergelaplah kami semua. Semua pc tak boleh nak on. Network pon tak ada. So tak boleh nak buat kerja. Habislah billboardku tak dapat update. Mesti akan ada yang komplen nanti billboard tak update. Ahak.



Habis training pulak, hujan lebat dan ribut. Sungguh, ujian apakah hari ini? Mujur dah sampai di parking rumah. Tapi still tak boleh nak masuk dalam rumah. Melihat ribut yang agak kuat, bumbung mula berterbangan, hujan lebat, guruh berdentum, kilat sabung menyabung, mula terdetik di hati... Apakah masih ada hari esok. Sungguh, ini yang aku rasa. Mujur juga sempat drop Boy kat rumah tadi sementara aku pegi park kereta. Setelah hampir 15 min terperangkap dalam kereta, aku gigihkan untuk berlari masuk ke rumah. Memang tawakal je masa tu.

Kalaulah umurku tidak panjang, maafkanlah aku wahai teman-teman yang mengenaliku. Ahak. Yer... ini yang terdetik di hatiku ketika itu. Alhamdulillah... Aku berjaya juga masuk ke dalam rumah walaupun banyak benda mula bertebangan. Mujur tak kena padaku. Alhamdulillah ya Allah, kau masih panjangkan usiaku. 







with luv,

No comments:

Post a Comment