Tuesday, February 5, 2013

Family time....


Baru nak up n3 minggu lepas. Hahah... gila pemalas nak menaip.

Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam yang bersambung-sambung memang heaven. Just ambik cuti sehari on Friday dah dapat straight 5 hari cuti. Memang heavenlah kan. Tapi cuti kali ni tak rasa cuti pon. Setiap hari penuh dengan aktiviti luar. Dari Khamis, Jumaat dan Sabtu masa untuk diri sendiri dan kengkawan. Ahad dan Isnin haruslah untuk keluarga pulak. Yer, time management harus betul.

Jarang-jarang sebenarnya aku nak keluar time Thaipusam ni sebab malas nak menempuh jam. Tapi luckily tak jam pon. Ahak. Last minute plan sebenarnya. Maira dengan Boy asyik la dok tanya, kita nak pegi mana hari ni? Hello... Mak Ngah malas nak keluar rumah hari nih bley tak? Tapi tak sampai hati pulak tengok diorang ni excited nak keluar. So adik ajak gi main lelayang, kak Ima lak ajak gi OU nak beli stroller untuk Arif dan Maira sebab Papa & Mummy tak larat nak dukung dah.. Haha.. Bagus, AKu baru jer terpikir nak belikan diorang ni stroller yang kecik dan ringan tapi boleh menampung berat Maira yang dah 15kg tu. Senang Mak Ngah nak bawak jalan-jalan. So sebagai event planner yang tak bertauliah meh aku susun jadual untuk tidak menghampakan sesiapa. Haha.

So, after zohor terus bersiap-siap nak ke Taman Layang-layang di Kepong dan terus ke OU selepas itu. Malam tu plan nak makan di luar je. Dah alang-alang nak berjalan. After Asar terus bergerak ke Kepong. Nasib baik keluar lepas Asar, so menempuh jam sedikit di Batu Caves. Lepas je Batu Caves, jalan lengang selengang-lengangnya. Taman Layang-layang pon kosong yer, Heaven betul dapat parking kat dalam. Selalunya terpaksa parking kat luar sebab dah full.....
Cuaca tak begitu baik pulak. Sampai-sampai je hujan ler pulak. Terpaksalah menunggu dalam kereta sementara hujan reda. Lebih kurang setengah jam menunggu tak ada tanda-tanda hujan nak berhenti so marilah kita bergerak ke OU. Tak ada rezki nak main layang-layang hari ni.

Sampai Kat OU terus ke tujuan utama mencari stroller. Ok, dapat untuk Arif Syahmi brand Sweet Cherry dan Maira brand Mc Laren. Mummy nak beli Sweet Cherry jugak untuk Maira sebenarnya biar adil dan saksama tapi memandangkan berat Maira yang agak semangat tu, aku tak yakin lak SC boleh menampung. Terpaksalah ambik Mc Laren. Boleh tahan lama kot sesuai dengan harganya yang boleh tahan mahal tu. Ahak.

Memang Maira pilih Mc Laren sebab warna pink dan Arif pilih biru. Diorang yang pilih sendiri stroller masing-masing. So, secara rasminya menjadi hak mereka. Tak boleh kongsi yer... Hahahah...

Manja Maira ni... Nak jugak Mak Ngah yang tolak...Baiklah my dear princess... Muka tak bleh blah... Rasa nak cubit-cubit je pipi tembam tu.

Arif wat muka comel tayang lesung pipit. Hishhh.. geram dengan kamulah Arif. Comel je.

Comelnya kamu berdua!



Dah beli stroller nak pk makan plak. Malam ni Abg belanja dengan duit gaji pertama tapi tetaplah kakak yang bayar dulukan. Haih lah adik.. ;-)
Ok, jom kita makan kat TGI. Pergi TGI dekat ngan umah jer lah apalagi. Lagi pun dah nak dekat kul 9 mlm pon. Motif, pergi yang dekat senang nak balik. Ahak...

 Masuk TGI Wangsa Walk ni menggamit kenangan silam. Ahak. Memang tak leh lupa la kan. Sampai mati pon ingat ... Kena prank ngan GBS celebrate birthday kat sini. Kelakar sangat. hehe.. 


 Tak sempat nak snap makanan yang sampai. Dah macam piranha semua orang. Maklumlah dah memang time makan pon kan. Nasib baik TGI tutup pukul 12. 

Banyak menu yang dah habis sebab dah malam. So kita makan apa yang ada jer la. 

Yang bestnya, order full meal dapat free kids meal. So malam ni dapat 3 free kids meal. Nasib baik Mak Ngah tak order.. Kalau tak, siapa nak habiskan semua kids meal nih? 

Sesekali keluar dengan shopping ngan Family ni best jugak. Selalu kalau shopping mesti keluar sendiri-sendiri. Maklumlah semua pun dah besar panjang. Kalau shopping sekali pon time nak beli baju melayu untuk raya jer lah. Itu pon Mak & Abah biasanya tak join sebab letih nak melayan kerenah anak-anak. Tapi hari ni mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak. Happy. 

Lagi pulak, my Abah memang tak berapa suka makan kat luar sebab tak kene dengan taste dia katanya. Baru sekarang ni kitorang paksa dia biasakan makan di luar. Kesian kat Mak yang asyik nak masak hari-hari kan. Haruslah ada hari cuti untuk Mak jugak. 

Happy bila semua orang happy. Lately ni banyak sangat dugaan emosi di tempat kerja, maka Tuhan berikan kebahagiaan di tempat yang lain. Alhamdulillah. 
Aku sayang mereka!





with luv,

No comments:

Post a Comment