Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru



WELCOME 2012  ++



Ya Allah, bukakanlah tirai tahun baru ini dengan rezeki yang melimpah ruah seperti air hujan yang turun mencurah-curah tanpa hentinya. Berkatilah rezeki kami dan janganlah kami digolongkan di kalangan orang-orang yang rugi dan yang merugikan diri sendiri, orang-orang yang takbur dan bangga diri serta orang-orang yang penuh rasa cemburu dan iri hati. Amiiiinnn...




Bertemu kita kembali di Tahun baru 2012. Alhamdulillah, masih di panjangkan usia dan di kurniakan kesihatan yang baik. Sungguh singkat masa berlalu, apakah achievement untuk tahun 2011? Sudah cukup baikkah? atau masih ada impian yang belum di capai?

Bagi saya, kebanyakan matlamat sepanjang 2011 telah di capai seperti yang di rancang. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi akan rezeki yang telah dikurniakan. 

Banyak lagi matlamat yang perlu di capai bagi tahun 2012. Terutamanya untuk menjadikan hobi menjahit dan mengajar sebagai sumber pendapatan utama. dan lebih bersedia untuk work-from-home. 

Semoga 2012 bakal menyaksikan kejayaan demi kejayaan dan tercapainya impian demi impian. Insyaallah. 






GOOD BYE 2011 ++


Matlamat 2012


credit to Yupedia.

Work-at-home
Mudah-mudahan dapat di realisasikan mengikut perancangan saya.







with luv,

No comments:

Post a Comment