Thursday, December 22, 2011

Satu masa dahulu ....

" Kenangan itu sungguh indah untuk di kenang 
walaupun pahit untuk dilalui. "



Tetiba ai teringat kisah dolu-dolu. Zaman memula ada chatting nih. Masa tuh yang glemer giler ialah MIRC. Seyes time nih mmg addictedla ngan chatting nih. Tapi sib baik la tak menjejaskan study time tuh.


Nak jadik citer, ai kenal ngan sorg mamat nih. Ntah betul ke tak dier nih ialah mamat pon ai tak tau. huhu.. Maklumlah, jahil lagi dgn dunia internet nih kan. Tapi best ok, cam org bercinta lak. Tak chat sehari mesti tak lengkap idup. Email tuh jgn cakaplah kan... sehari berlambak2 email yang masuk.


Mamat ni nama dier Adie (bukan nama sebenar). Budak Penang keje kat HP as asst. engineer. Ada kete Astina hitam. Anak bongsu dari 3 beradik. Ada sorg abang and sorang kakak. Budak jamming..Memula kenal, kitorg borak2 biasa jer. Isu semasalah, politik lah... wah, time tuh ala-ala banyaklah ilmu di dadakan. Maklumlah, zaman kolej...kene ler amik tau sumer benda... hehehhe..


Hari-hari mesti email or chatting. MESTI ok. Owh time nih x de yahoo messenger lagi yer. So chatting kat MIRC jer la. Siap create chat room sendiri tuh. Tak leh blah btul.. hahhaha...






Nih lagi fav ai. Takde kene mengena dlm ini cerita.




Sampailah satu masa dia bagi lagu I want to know what love is, Mariah Carey. Adie nih peminat tegar Mariah Carey. Sumer album si Mariah ni ada dalam collection dia. Time ni kan x de Youtube sumer tuh. Gigih yer google mp3 lagu nih. Konon-konon nak feeling la... hahhaa.. poyo gilers!


Hubungan jarak jauh ni berjalan dengan smooth. Makin lama makin close. Yang peliknya, kitorg x der calling2. Oh lupa, zaman ni penggunaan hp blom meluas lagik. Gambar pon hantar lepas 3 bulan kenal kot. Kiranya masa memula kenal tuh cam gamble la... hensem ke .. gemok ke.. hitam ke... blakang kira.. chewah.. After 3 month tu baru masing2 pos gamba. Pos yer, bukan hanta kat email. Adie ni chinese look. Tinggi lampai orgnya.


Nak jadi citer, tiba-tiba muncul satu watak lain yang bernama Ijan (bukan nama sebenar jugak).  Ijan  ni praktikal kat opis Adie. Kira Adie supervisor bebudak praktikal nih la kan. Adie selalu citer pasal si  Ijan  nih. Kiranya dia senang la berkawan ngan  Ijan  nih sebab  Ijan  ni jenis happy-go-lucky. Jeles? Haruslahkan.. hahhaha... Oh tidak! Konon-konon hubungan berlandaskan kepercayaan ... maklumlah PJJ kan. chait!.. hehehhe... so, small matter. Nak jeles mendenya pulak kan...


Ntah cam ne sampailah satu hari ni ai receive call from  Ijan . Terkezut beruk mak cik. Mana pulak la si  Ijan  ni dapat my fon no kan. Sedangkan Adie pon x penah call ai. Tup-tup  Ijan  ni berani plak call ai. Siap cakap lagi yang dia minat giler kat Adie tapi si Adie ni asyik - asyik dok menyebut nama ai. So minah ni ala-ala eager la nak tau ai nih sape kan. Dia kata, hp Adie tertinggal kat opis so dia tolong simpankan. Dari sini la dia tau my fon no. Macam-macam minah nih siasat. Dah cam polis pencen lak. Camne ai boleh kenal Adie, berapa lama dah kenal, kenapa Adie ni suker giler kat ai..... mcm2 lagik la... my answer very simple... ai don't no.. tanyalah Adie sendiri. Yg sbnar nyer ai terkezut, speechless sbb receive call dari minah ni kan.


Then ai terus email Adie btau hal ni. Perang sejap la kan... Haruslah perang. Camne fon no ai boleh dapat kat org lain...  Dah lah minah ni serang ai bertubi-tubi... siap cakap minat giler lah... nak tackle Adie la.. apa lah... Masa tu ai memang cakap, "go ahead.." wah control gitew. Apahal nak gado pasal lelaki kan... huhu..


Perang pon bermula. 2-3 hari gak la ai tak reply email Adie. Berpuluh-puluh email dia hantar sehari, ai wat donno jek. Marahlah konon... ekkeke... Sampaila Adie hantar lagu westlife, if i let u go nih ngan ada satu puisi.







Wah time nih, cair okey... hahhahah.... Terus la baik cam biasa... So hubungan berjalan seperti biasa. Email & chatting tuh dah jadik santapan harianlah kan. Perkara pertama bila sampai umah after kelas, mesti check email dulu. Oh time nih Adie sumber inspirasi gitu. Result gempak ok. Org kata bercinta bley hanyut tapi ai terbalik lak. Lagi semangat nak study. Sebab setiap kali exam dah janji ngan Adie nak dapat byk ni pointer. Haruslah bersungguh-sungguh kan.


Si minah senget  Ijan  tuh masih mengganggu ai lagi. Tak dapat call sebab Adie dah sound dia jangan call aku lagik. Dia guna medium email pulak. Tapi kali ni konon-konon minta maaflah. Sebab ganggu hubungan kitorang. Pastu siap cakap lagi, u beruntung dapat Adie nih... bla bla bla lagik la... Tapi tidaklah berjaya memutuskan hubungan kitorg nih. Hubungan yang jujur katanya. Geli jek... hahhaha..


Email, chatting, lagu, lirik, puisi sumer nih antara yang mengukuhkan lagi hubungan kitorg. Tak cukup ngan tu sumer, pos pulak kad ngan hadiah. Macam-macam kad dapat. Yang pastinya setiap kali nak exam mesti adalah kad kata-kata semangat kan.. Ingatkan pas  Ijan  punya kes, kira settle la kan.. Rupanya kami di uji lagi.


Kali ni Adie kene hantar ke US 3 thn keje sambil blaja. Memula dia tak bitau. Dah dekat-dekat dia nak pegi dalam sebulan cam tu baru dia btau. Reason dia tak nak ai rasa jauh. Buleh? Yg ni ai bley terima lagik. Yang buat ai goyang tuh bila dia kata  Ijan  kene hantar sekali tapi kursus 3 bulan jer. Bukanlah dia ngan  Ijan  jer. ADa la lagi 2-3 orang kwn dia pon kena. Sebenarnya dia yang mintak gi US tu sebelum dia kenal ai. Masa tu dier baru clash ngan awek dier. Konon-konon frust nak bawak diri lah.. hahhaha.. skali bila dapat offer dah refuse nak pegi. Di sebabkan ai nih kan awek yang memahami.. perasan jap.. so ai encourage dia pegi. Apa ada hal, kalo ada jodoh adalah kan... kalo x der nak wat cam na... Hidup nih kan satu pentas lakonan. Kita adalah watak-watak pelakonnya.




Seminggu Adie sampai kat US, no more email and chatting. Memang dia dah inform awal may b dalam seminggu dua dia akan akan bz giler menguruskan belajar ngan keje dia kat sana di samping nak sesuaikan diri kat sana.


Ai tetap email Adie cam biasa tanpa jemu walaupon tak de balasan. Masuk minggu ke dua dah rasa lain. Then hantarla email ala-ala ugutan kalo tak reply email ni , tak nak dah hantar email.... buleh? hahhaha... Adie tetaplah tak reply. Macam-macam perasaan masa nih. Risau pon ada gak. Hidup lagi ker dia. Masuk hari ke3 tak email Adie, ai pon set kat mind. Ok relationship is OVER.


Tup-tup hari ke 5 Adie hantar lagu weslife feat Mariah Carey, Against all odds. 





Hati mulalah bunga-bunga kan. Tapi ego tuh. Tak reply ok email. Majuk la kononnya. Hari ke 6 Adie email lagik.. Say sorry dan mcm2 la... Ai still x reply email dia. Keras hati sungguh. Tak, sbnarnya memang nak cukupkan 3 hari... hahhaha.. Hari ke 3 tu dapat la puisi yang sangat-sangat menyentuh perasaan dengan lagu westlife, My love.





Perang pon tamat. Sbnarnya banyak lagi lagu-lagu yang Adie bagi. Budak jamminglah katakan. Teknik-teknik memujuk mestilah guna lagu kan. Jiwang gitu. 




Bagaimana pengakhiran kisah ai ngan Adie.... continue nanti lah... dah letih menaip..




Nota kaki : sesekali mengenang kenangan lama nih, indah pulak rasanya. Buat ai tersenyum mengingatkan saat itu.....








with luv,

1 comment:

  1. huhu ... terkenang satu masa dahulu .. same jek .. tapi alhamdulillah .. jodoh tu ada kan .. mmg kalau hjj ni sgt2 la mencabar .. dugaan mmg x blh bla la ... ish x sabo plak nk tggu sambungan nya .. weee :)

    ReplyDelete