Wednesday, December 14, 2011

Handbag Hunting



Mission end of year nak beli handbag baru bagi menggantikan LV Mahina ku yang dah bertahun pakai. Memang sayang ngan LV ni tapi nafsu tetiba lak bergelora nak mencari handbag baru. Dasar wanita. hahha


Ni handbag lama yang memang sayang giler. Haruslah kan sayang sebab yang ni paling mahal yang ai penah ada. Confirm bertahun tak tukar handbag. Pakaila sampai lebam. hahhahah... Sebab size Mahina ni XXL yang sangatlah besar, boleh sumbat sumer benda. Dari wristlet sampaila ke external hard disk and headphone Memang menjadi peneman ai ke mana² la. Nak sopink ke, nak gi keje ke, nak gi tgk wayang ker. Memang Mahina ni ku heret bersama. Dan yang paling ai suker skali, ada key keeper. So kunci ai memang x penah hilang dalam hand bag nih. 


Di sebabkan ai bukanlah handbag lover sangat kan so mood or nafsu nak beli handbag ni jarang² ada. Kalau ada pon mesti tak jumpa handbag yang berkenan. Last² end up dgn pakai jer la yang lama selagi boleh. hahha  Oh, ai tak kisah nak spent berhabis as long as ai suker dgn sesuatu yang jarang² nak beli macam hand bag nih. Teringat masa memula beli Mahina ni, one of my colleague(lelaki) siap kuar statement lagik, "baiklah ko beli kancil dari angkat hanbag nih".... hahhahhaa... "sukati ai la"... buleh ai jwb cam nih? 


Ok, jom mulakan pencarian dengan Handbag baru. huhu. Smalam jenjalan kat dCurve. Termasuklah pulak Charles & Keith. Masuk² jer terus berkenan dengan handbag nih. Try tengok. Nampak cam sangat cantik. Tambah pulak my favorite color off white. Ok, masuk dalam shortlisted sementara nak tunggu next week. Tunggukah? Jangan haraplah kan. Bila hati dah berkenan. Gigih mengorek tabung nih. hahhahah... Sib baik tak semahal Mahina. Ok la kot. 


 Yang menjadi kegilaanku.

Antara yang ada dalam list. Tapi yang ni a bit 'keras' skit. Very the sofistacated. 

Yang ni pon nampak nice. Ermmm ...




Yang mana menjadi pilihan hatiku? ;-)






with luv,

No comments:

Post a Comment