Friday, November 11, 2011

Kerinduan itu ...


Kerinduan itu


Saat mentari mula menampakkan wajah
Embun yang menitis di dedaunan
Kokokan ayam yang hampir tidak kedengaran
Unggas mula menghilang

Aku duduk di kerusi kayu yang usang dimamah usia
Keharuman kopi yang terbiar
Kusisip kopi itu .. Ku jamah kek cawan yang indah
Angin rindu mula menampakkan wajah
Menampar penuh kasih di pipi 
Menikmati angin yang menyapa
Dengan mata yang hampir terpejam
Walhal mentari baru muncul

Embun baru menitis
Pagi mula menari-nari
Kerinduan pun mula meniti
Seperti cendawan yang muncul di tepian titi
setelah hujan berlalu pergi
Selamat pagi kekasih
Rupanya rindu masih belum menyisih ...

 ********

Jika ku punya sayap
Ingin aku terbang di awanan
Membawa pergi kerinduan
Yang tak pernah menghilang

by : msraiza



with luv,

No comments:

Post a Comment