Thursday, June 16, 2011

Nora Elena



Pic credit to cikgudahlia


As salam,


Yer ai tau.. agak lambat nak membicarakan soal ini. Dah nak abes citer pon baru nak story mory dlm blog kan... suka hati lah kan ai punya blog.. hahhaha...


Act ni n3 lama yang dok terperak dalam draft. Baru terperasan n3 ni tak publish lagik rupanya. hhahahhaha.. Ok la, ai memang layan Nora Elena dari 1st episod lagi. Kenapa? First sbb Aaron Aziz ... oh hensem.. macho ... steady .. cool ala² Abg Rosyam ai... hahhahaha.. Yg kedua pasal Siti Saleha .... Cun ok minah ni walaopun mulut agak senget la .. Kalo perasan, dier selalu senyum sebelah bibir jek tapi cun... 




Nora Elena adalah adaptasi dari novel Kasih yang Suci Karya Meen Zulaikha.



Sinopsis Nora Elena , Slot Akasia TV3.



Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Sinopsis pon dah best kan? 





credit pic to Meen Zulaikha.






with luv,

No comments:

Post a Comment