Sunday, July 19, 2009

~ aku tak faham... ~

Aku tak faham..
kenapa mereka dengkikan aku
kenapa mereka memusuhiku
kenapa mereka mencari salahku
kenapa mereka mengambil tahu perihalku

Aku tak faham...
kenapa aku yang menjadi sasaran?
kenapa aku yang dipilih untuk dibandingkan?
kenapa aku yang dipertikaikan?
kenapa aku yang di jadikan bahan?

Aku tak faham...
adakah aku terlalu sombong di mata mereka?
adakah aku lebih berjaya dari mereka?
adakah aku pernah mengganggu hidup mereka?
adakah aku pernah melukakan hati mereka?

Aku tak faham...
aku hanyalah aku yang cuba menjadi diriku
aku hanyalah manusia yang mencari rezeki di bumi Tuhan
aku hanyalah insan yang berkerja dgn ikhlasnya
aku hanyalah aku yang inginkan keberkatan

Aku tak faham...
mungkin aku lebih berjaya dari mereka
mungkin aku lebih di kenali dari mereka
mungkin aku lebih menjadi pilihan dari mereka
mungkin aku lebih baik dari mereka

tapi... aku dah faham ...
sebuah kejayaan bukan mudah di capai
sebuah impian bukan senang di gapai

yer... aku dah faham...
di sebalik kejayaan pasti ada kepayahan
di sebalik kesenangan pasti ada kesukaran

aku semakin faham...
setiap dugaan adalah mula kejayaan
setiap rintangan adalah pencetus kemenangan

Kini, aku percaya...
Tuhan itu Maha Kaya,

Maha mendengar dan maha mengetahui
Pastinya ada sebab kenapa semua ini aku lalui
untuk membentuk ketabahan yang tinggi
melahirkan semangat jati diri

Aku pasti... aku pasti akan berjaya suatu hari nanti. Tuhan pasti memberkati niat dan impian murniku ini...


with luv,

No comments:

Post a Comment