Friday, May 22, 2009

SSS - 1

Babak Satu: dia yang bernama Jun...

“Macamana? Setuju?”

Aku masih mediamkan diri. Aku tenung wajah Jun yang menanti jawapan aku dengan penuh harapan. Sesekali, dia menggigit bibirnya tanda gelisah. Ish, comelnya! Kang aku pulak yang gigit kang! Sabar, Mir, sabar…

“You think your boyfriend will buy it?” aku menduga.

Jun menyandarkan badannya pada kerusi yang sedang didudukinya. Tangan disilang dan susuk tubuh aku diteliti dari atas ke bawah, seperti meneliti kualiti barang yang dikatakan sedang hangat di pasaran… cellemak!

“Well…” katanya, “I know I’m convinced,” sambil tersenyum nakal. Esh, jangan goda-goda, dek! ‘Abang’ dah sedia tergoda nehhh…

“Itu you. Your boyfriend might know better,” balas aku, masih jual mahal. Harga minyak lagikan melonjak, inikan pulak harga manusia. Aku ni lengkap segala organ tau! Kalau jual satu organ, leh dapat ribu-ribu…

Tapi kalau jual hati? Ahhh… itu tak ternilai harganya…

“Kalau dia tau pun…” kata Jun sambil menyilangkan kakinya pula, sekaligus memendekkan lagi skirt yang dah sedia pendek tu... perghhh, gebunya! Kalah peha ayam KFC! Tergugat benteng keimanan aku yang pada asalnya tak berapa nak kukuh ni…

Fokus, Amir… fokus!

“Lagi bagus,” sambungnya, “Tercabar sikit kelelakian dia”

Good point. Hmm… beauty with brains. I like!

“Well?” tanya Jun lagi. “Okay tak ni?” ada sedikit nada merengek dalam suaranya. Alalalala… manjanya…

“I have some ground rules,” tegas aku. Chewah! Macamlah aku ni gigolo yang biasa ditempah.

Gigolo tu tidaklah. I am but a humble player. Dan kalau dah namanya player, ada satu perkataan yang cukup digeruni… komitmen. Memandangkan apa yang bakal aku persetujui dengan Jun ni adalah satu perjanjian, dan perjanjian tu amatlah sinonim dengan komitmen… maka aku haruslah memastikan yang kaki aku tak tersepit dalam mana-mana perangkap beruang

“Name your terms,” balas Jun, mendekatkan wajahnya pada aku sambil menongkat dagunya yang runcing. Hmm… sepet mata Jun ni. Tak macam mata Leya yang bundar… tak juga macam mata Raina yang redup. Takpe… sepet itu menawan!

“If we go out on dates, I pick the place,” aku menyatakan syarat pertama.

“No hal,” balas Jun dengan serta-merta. Hehe… kalau aku bawak pergi mamak ke, pasar malam ke… nasib ko lah, Jun!

“Kalau pergi mana-mana, pakai kereta I. Tapi minyak you tanggung,” syarat kedua menjelmakan diri.

Kali ni dahi Jun berkerut. “Kalau macam tu, baik pakai kereta I je,” keluar sedikit protes dari mulutnya.

Aku tersenyum sinis. “I pun nak jaga reputasi I jugak. Takkan nak ke hulu ke hilir pakai kereta you. Tak standard la. You nak ke orang cakap yang skandal baru you ni sekadar boy toy?” soal aku.

Jun terdiam. “Tapi…”

“Kenapa? Tak biasa naik kereta murah?” perli aku. Hai Jun… baru syarat kedua dah tak sanggup? Belum dengar syarat ketiga lagi…

“Bukanlah!” Jun membantah.

“Kereta Vios I tu takdelah huduh sangat… walaupun tak setanding dengan RX8 you tu,” kata aku lagi. Eleh, semantap mana pun RX8 ko tu, tetap duit mak bapak! Vios ni aku pakai duit sendiri tau!

“Bukan macam tu lah! Serious, I tak kisah!” kali ni Jun benar-benar membantah.

Aku senyum je. Maintain…

“Third of all,” aku terus menyambung, kali ni mendekatkan muka aku pula pada Jun. Aku renung matanya dalam-dalam, sehingga ada sedikit rona merah di pipinya yang bukan diakibatkan oleh blusher jenama Revlon-nya tu…

“This is not exclusive,” dan syarat ketiga pun dipersembahkan.

“Meaning?” Jun meminta kepastian.

“Meaning, my dear, I’m allowed to see other people,” aku menjelaskan dengan senyuman senget aku. Senyuman yang, bak kata Fara, bisa buat dia tak tidur malam [tak tau lah aku kalau maksudnya senyuman aku menawan ataupun dia memang ada insomnia].

Kali ni, kekesalan di wajah Jun lebih ketara. “Mana boleh macam tu! Kalau boyfriend I ternampak you berfoya-foya dengan girl lain, malu lah I” Jun mencebik dengan bibinya yang ala Drew Barrymore tu.

Heh! Sorry aa… kontrak belum sign, merajuk-merajuk ni aku tak layan!

“Your boyfriend and I don’t run in the same circle. Lagipun tu pandai-pandai I lah… you tak payah nak risau,” aku cuba meyakinkan, namun wajah Jun masih teragak-agak.

Takpe Jun, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Aku layan ko macam tuan puteri nanti… tengoklah…

“Jadi, I pun boleh date orang lain lah kalau macam tu,” dia menguji.

Aku mengangkat bahu, gaya acuh tak acuh. “Terserah,” balas aku, ringkas.

Bagi aku seminggu je, Jun… ko takkan terbayang pun orang lain dah lepas tu…

“So? You’re in?” kali ini giliran aku pula menunggu jawapan dari Jun.

Jun memandang aku sekali lagi dengan matanya yang menawan. Kemudian dengan senyuman yang manis, dia berkata, “Yep! I’m in!”

Dan bermulalah satu episod baru dalam hidup aku… episod yang aku sangkakan sama seperti episod-episod aku sebelum ni… bersama Leya, Raina, Fara, Sharon dan ramai lagi…

Siapa sangka episod kali ni jauh berbeza… dan perjalanan hidup aku bakal berubah landasannya…


sumber : kapasitor.net




with luv,

No comments:

Post a Comment