Thursday, February 5, 2009

Khayalkan Impian Untuk Jadi Bersemangat Selalu

sumber : imotivasi.com

Untuk Anda nak bersemangat selalu mengejar impian Anda, selalulah berkhayal mengenainya. Saya gunakan perkataan berkhayal sebagai pengganti kepada bayangan imaginasi. Namun, kedua-duanya sama saja.

Khayalkan seolah-oleh Anda dah berjaya mencapai impian Anda itu dan Anda sedang berada di dalamnya. Hadirkan sekali emosi-emosi berkaitan seperti gembira, teruja, ketawa, girang dan excited yang amat sangat. Bukan yang ala kadar, tetapi yang amat sangat! Buat selalu supaya minda Anda semakin peka dengan situasi yang Anda khayalkan.

Pada peringkat permulaan, susah untuk Anda hadirkan perasaan-perasaan dan emosi yang perlu ketika Anda sedang berkhayal tentang impian Anda. Anda hanya akan boleh berkhayal tentang gambaran masa depan, di mana anda berjaya merealisasikan impian Anda tapi agak sukar untuk Anda hadirkan emosi.

Tapi, bila dah buat selalu, ia akan berubah, cepat untuk Anda memasukkan emosi berkaitan seperti yang saya katakan tadi. Kenapa pula kita mesti masukkan emosi gembira? Kenapa tak ada emosi sedih? Jawapannya, emosi sedih tak perlu.

Bila Anda dah berjaya mencapai impian, mengapa perlu sedih?. Sedangkan, itulah yang diidam-idamkan sekian lama. Ada ke orang yang sedih bila dah berjaya? Terharu, mungkin, hingga membuat dia mengalirkan air mata. Tapi, sedih tak mungkin terjadi.

Tidak ada sebab untuk bersedih. Gembirakanlah hati, sebab apa yang Anda mahu, sekarang dah ada di depan mata!

Patutkah Anda bersedih bila dah camtu? Rugilah. Anda merugikan diri sendiri. Jadi, jangan hadirkan emosi sedih.

Mulai sekarang, saya percaya Anda ada impian sendiri yang Anda nak capai. Mungkin, nak memiliki kereta besar, rumah besar atau pendapatan besar. Mungkin, Anda nak jumpa orang-orang tertentu yang selama ni menjadi idola Anda!

Supaya mudah untuk Anda jadi bersemangat sepanjang masa, khayalkan impian Anda dalam 30 saat seolah-olah ia menjadi benar. Lama kelamaan, Anda boleh berkhayal sehingga 5 minit lamanya!

Tak perlu tutup mata, cuma kena pastikan suasana persekitaran tempat Anda berada adalah tenang supaya mudah untuk Anda berkhayal seketika. Jadikan seperti Anda sedang melihat wayang gambar. Anda nampak diri Anda berjaya mencapai apa yang menjadi impian Anda ketika itu.

Bila Anda dah rajin amalkan teknik ni, kesannya membuat Anda sentiasa FOKUS mengejar impian Anda. Anda akan terdorong jadi rajin, semakin kuat berusaha sebab tak sabar-sabar menjadikan impian Anda satu realiti.

Semakin rajin Anda berusaha, semakin rajin Anda khayalkan kejayaan mencapai impian Anda, semakin dekat Anda dengan impian Anda itu!

No comments:

Post a Comment