Monday, February 23, 2009

.. aku dan hobi baru ..

Skang aku ada hobi baru iaitu bercucuk tanam. Raiza nak bercucuk tanam? Ish.. Ish.. dunia nak kiamat kot. Yang sebenarnya hobi ni tiba2 jer datang dalam hidup aku. Ni gara2 aku beli pokok orkid semalam la ni. Tgh hari tadi aku beli benih pokok tomato dengan terung pulak. Boleh ke pokok2 ni hidup hasil tangan aku? Tungguuu..

Di sebabkan hobi baru ni, aku balik keje awal hari ni. Sharp pukul 5 aku terus balik. Nak semai pokok katanya. Hahaha.. yer yer jer kan. heheh... bak kata ayah aku, tak menyempat.. dan2 tuh gak nak tanam nyer. Bukannya apa, tengah semangat berkobar2 ni kena terus buat. Nanti kalau dah suam2 kuku alamatnya mak aku la yang jadik mangsa. ekkekek..

Tapi malam ni hujan lebat la. Sure benih aku tak hidup nih. Tenggelam dek tanah yg basah. Aduss.. Hujan la pulak. (Saje carik alasan, kalo pokok tak tumbuh.. hehhe)

Apa pun, kena tunggu seminggu untuk benih ni bertunas. Maksudnya paling awal next week la. Tak pe, sabar menanti. Hai la pokok... jangan la segan kau nak tumbuh yer... hehhehe...

No comments:

Post a Comment