Thursday, January 29, 2009

+ Happy Birthday Boy ! +

Hari ini genap 7 tahun umur Boy, adik yang paling bongsu dalam keluarga. Utk ulangtahun kali ini, saya telah pun memberikan hadiah lebih awal. Kebetulan last month dapat bonus so ada sedikit peruntukan untuk hadiah harijadi boy. Bukan main suka lagi dia.



Untungkan jadi yang paling bongsu dalam keluarga. Apatah lagi kakak² dan abang² dah besar panjang. Bukan sahaja kaya dengan kasih sayang malah kaya dengan pemberian dan hadiah. Mana tidaknya, kalau kami adik beradik ke mana², mesti ada saja hadiah untuk boy. Jika nak di bandingkan kami dahulu kala, memang begitu ketara perbezaannya. Apa pun sudah rezeki boy menjadi yang terakhir dalam keluarga. Moga boy membesar sebagai anak yang baik dan bijak ok! Dengar nasihat kakak tau.

(Saya sengaja bagi Boy baca entry kali ini supaya dia faham bahawasanya, dia adalah kesayangan kami semua!)

kita adalah apa yang kita fikirkan...

copy from imotivasi.com

Apa Maksud Kita Adalah
Apa Yang Kita Fikirkan


Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita berfikir kita boleh berjaya, kita boleh buat sesuatu dengan hanya perlu berani belajar, itu maknanya kita ada kebolehan terpendam yang boleh dibangunkan untuk mencetus kejayaan besar dalam hidup.

Ramai orang nak berjaya, tapi tak ramai orang kenal dirinya, sama ada boleh berjaya atau duduk di takuk lama.

Ubah diri, bina peribadi !
______________________________________

Saya agak tertarik dengan artikel ini. Memang tidak dinafikan, kita adalah apa yang kita fikirkan. Ada antara kita takut hendak berangan. Bimbang di katakan angan² mat jenin. Tetapi sedarkah kita, ketika kita berangan sebenarnya kita sedang memikirkan sesuatu. Besar angan kita, besar jugalah impian dan apa yang kita fikirkan. Tak percaya?

Suatu waktu dahulu, ketika di alam persekolahan saya selalu berangan ingin memiliki itu dan ini. Pada masa itu, saya sendiri tak tahu adakah angan akan jadi kenyataan tapi saya tetap berangan. Bukan kena bayar pun kan free of charge jer. Dan hari ini, barulah saya tahu setiap yang saya pernah angankan dahulu, sedang saya usahakan. Lihat, kalaulah dulu saya tidak berangan bagaimana saya nak merealisasikan angan² saya? Kalaulah baru hari ini saya ingin berangan, bila pula masanya saya dapat merealisasikan setiap angan² saya? Mudahkan?

Jadi, kita adalah apa yang kita fikirkan!

Wednesday, January 28, 2009

+Malaysia Next Top Model in The Making+

copy paste from Dorisya FB.

Yeah... Photoshoot session.....
Sesi fotoshoot ini berlangsung ketika CNY yang baru lepas. Sebenarnya, sesi fotoshoot ni baru sahaja saya dan doris rancang. Tak sangka secepat ini sesi ini di realisasikan. Apa pun, enjoy the pic. More piccies akan di upload kemudian...

My first entry....

Akhirnya... tercipta juga blog ini setelah sekian lama saya berkira² untuk mengalihkan semua entry dari IIUM blog. Bukanya apa, rasanya di sini akan lebih mudah untuk berbicara dan meluahkan rasa. Tak kiralah yang personal, yang formal atau pun rutin harian. Tiada siapa lagi yang akan mempertikaikannya.

Kepada follower blog saya sebelum ini, silalah luangkan masa untuk menjenguk di sini pula. Seronok rasanya dapat feedback dari kalian semua. Buat yang merindui ( rindu ker?.. hehhe) hasil jahitan manik saya, tunggu... ada projek baru yang sedang berjalan.

Akhir sekali, selamat ber'blog' buat diri sendiri ;-). Buat kalian yang rajin melawat, terima kasih. Juga jangan lupa untuk komen² yang membina yer.